Metabolomik

Metabolomik boleh didefinisikan sebagai kajian tindak balas metabolisma organisma terhadap perubahan persekitaran. Metabolomik membolehkan penilaian kuantitatif pada perubahan metabolik yang dapat dilihat dalam fenotip dan fungsi. Walaupun genomik, transkriptomik dan proteomik berfokus pada pengekspresan gen, metabolisma menguraikan kandungan metabolit yang mewakili produk akhir dalam sistem biologi. Metabolomik sangat bergantung pada platform analisis di mana metabolit dikuantitikan dan digunakan untuk interpretasi dan perlombongan data.