Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Berminat dengan Teknologi Omik? Jom Guna Servis INBIOSIS untuk Penyelidikan Berimpak Tinggi

Unit Perkhidmatan Instrumentasi INBIOSIS sedia menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelidikan kepada para penyelidik dalam membantu perolehan keputusan penyelidikan berkebolehpercayaan yang tinggi dan tepat. Tawaran perkhidmatan kami disajikan dengan kadar yang sangat kompetitif memberi perkhidmatan dalam menjalankan kajian yang holistik dan berimpak tinggi. Perkhidmatannya seperti kemudahan perkhimatan sewaan alatan serta fasiliti makmal, servis kimia analisis, penjujuran dan pengolahan data serta bantu khidmat konsultasi penyelidikan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang biologi sistem. Kami pasti INBIOSIS adalah lokus yang jitu untuk para penyelidik terus merungkai keajaiban Sains dan Teknologi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan terokailah penyelidikan anda bersama kami di INBIOSIS. Ayuh, tempah slot anda sekarang !

Klik untuk lihat Buku Servis & Fasiliti INBIOSIS :
https://heyzine.com/flip-book/1618705b10.html