Institut Biologi Sistem

 Institut Biologi Sistem

CODA – Genomik & Transkriptomik

Genomik adalah kajian mengenai genom, iaitu set lengkap DNA dalam organisma. DNA mengekodkan gen yang mempunyai fungsinya sendiri. Penyelidikan mengenai genom membolehkan para penyelidik lebih memahami bagaimana gen berinteraksi antara satu sama lain dan variasi gen yang menyebabkan penyakit.

Pendekatan untuk mempelajari transkriptom, iaitu keseluruhan rangkaian transkrip RNA dalam suatu organisma dikenali sebagai Transkriptomik. Kajian transkriptom melibatkan semua yang berkaitan dengan RNA termasuk tahap ekspresi, pengaturan gen dan interaksi gen.

Metagenomik ialah kajian tentang struktur dan fungsi keseluruhan jujukan nukleotida daripada semua organisma (biasanya mikrob) dalam sampel pukal. Metagenomik sering digunakan untuk mengkaji komuniti mikroorganisma tertentu, seperti yang terdapat pada kulit manusia, dalam tanah atau dalam sampel air (National Human Genome Research Institute, NIH; https://www.genome.gov/genetics-glossary/Metagenomics).

Next Generation Sequencing (NGS) adalah teknologi penjujukan bertruput tinggi yang membolehkan penjujukan DNA dan RNA menggunakan pelbagai teknologi penjujukan moden. Contoh teknologi penjujukan moden ini merangkumi penjujukan Illumina, Ion Torrent dan 454. Teknologi yang lebih murah dan pantas ini membolehkan penyelidik melakukan kajian revolusi mengenai genomik dan transkriptomik.

CODA Genomik, Transkriptomik & Metagenomik menyediakan analisis data yang bermula dari pemprosesan data mentah, perhimpunan data (rujukan atau de novo), anotasi fungsi, analisis pengekspresan gen (DEG) bagi data transkriptomik, taxonomic profiling & visualization dan binning untuk data metagenomik serta pelbagai analisis fungsi yang lebih mendalam untuk membantu pengguna memahami biologi makna dari hasil ekspresi.

CARTA ALIR KAEDAH GENOMIK, TRANSKRIPTOMIK & METAGENOMIK

APA YANG KAMI TAWARKAN & PERINCIAN HARGA

JENIS ANALISISCAJ
Analisis Genom / Transkriptom / Metagenom
– Pemprosesan data jujukan mentah 
– Perhimpunan data (Rujukan / de novo)
– Analisis Pengekspresan Gen (Transcriptome)
– Taxanomic profiling & visualization (Metagenome)
– Binning (Metagenome)
– Analisis Anotasi Fungsi
– Analisis yang lebih mendalam (Contoh : Analisis peramalan penanda molekul; SNP/SSR)
RM 200 / 5 Gbp data jujukan mentah
​#Tidak termasuk servis analitikal alatan, bergantung kepada perubahan mengikut kehendak pelanggan.

PENCAPAIAN

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Dr. Emelda Rosseleena Rohani

Penyelaras Plot Penyelidikan / Felo Penyelidik

emelda@ukm.edu.my

Kultur Tisu Tumbuhan dan Genomik Berfungsi

Intan Azlinda Ramlee

Pegawai Sains / PIC Makmal Bioinformatik / Webmaster

+603 8921 4560

intanazlinda@ukm.edu.my