Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Fokus Penyelidikan

Bidang Penyelidikan Teras di INBIOSIS memfokus kepada:

  • Pemahaman secara holistik jaring gen dalam tumbuhan dan mikrob menggunakan pendekatan biologi sistem.

  • Eksplorasi di peringkat molekul dalam kepelbagaian biologi dan kelestarian tropika bagi penemuan gen dan biomolekul baru.

  • Aplikasi teknologi transgenik untuk menambahbaik tanaman dan penghasilan biomolekul baru.

  • Pembangunan dan aplikasi pendekatan bioinformatik dalam kajian struktur dan tapak jalan protein, famili protein serta jaringan dalam sistem tumbuhan dan mikrob.

  • Penyelidikan terkini ke atas tumbuhan terpilih dan sistem mikrob meneroka gen-gen serta rangkaian-rangkaian gen yang terlibat di dalam sistesis dan penghasilan metabolit sekunder.

  • Walaupun penyelidikan ini masih di tahap permulaan, namun ia mempunyai potensi yang tinggi untuk aplikasi komersil. Institut akan membangunkan Translation Research Centre untuk menyokong penemuan-penemuan penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan.