Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Genomik & Transkriptomik

Genomik adalah kajian mengenai fungsi dan struktur genom, yang merangkumi rangkaian lengkap kesemua gen, jujukan pengawalaturan dan kawasan tiada pengekodan dalam DNA organisma. Disiplin dalam genetik ini sangat bergantung pada penjujukan dan pendekatan bioinformatik untuk menjujukkan, mengumpulkan dan menganalisis semua jujukan pengekodan gen dan kawasan tiada pengekodan dan bagaimana komponen genetik ini berinteraksi untuk menghasilkan organisma dan semua fungsinya.

Transkriptomik adalah kajian transkritom – set lengkap transkrip RNA (termasuk mRNA, rRNA, tRNA dan RNA bukan pengekodan yang dihasilkan oleh genom, dalam keadaan tertentu atau dalam sel tertentu menggunakan kaedah truput tinggi. Kedua-dua bidang bergantung banyak menggunakan teknologi Next Generation Sequencing (NGS).

Genomik Berfungsi adalah bidang biologi molekul yang menyatukan data genomik dan transkriptomik untuk menerangkan fungsi dan interaksi gen dan protein. Genomik Berfungsi fokus kepada regulasi dinamik pengekspresan gen dan interaksi protein-protein, bagi menjelaskan fungsi DNA pada tahap gen, transkrip dan protein dalam pendekatan seluas genom.