Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain dan/atau Pusat Tanggungjawab (PTj) lain di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain dan/atau PTj UKM yang berkaitan.

Maklumat yang diterima oleh Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia (KRK UKM) akan dikendalikan secara bertanggungjawab dan hanya digunakan bagi tujuan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan, pengurusan urusan rasmi serta penambahbaikan perkhidmatan portal.

 

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Maklumat yang dikemukakan secara sukarela oleh pengunjung hendaklah tepat dan benar bagi memastikan sebarang urusan atau maklum balas dapat dikendalikan dengan sewajarnya.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada portal/laman web yang Lain?
Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.

Pihak KRK UKM tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar privasi atau amalan keselamatan portal/laman web pihak ketiga yang boleh dicapai melalui pautan yang disediakan.

 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Sebarang pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa selepas dikemas kini di halaman ini. Pengunjung adalah dinasihatkan untuk menyemak halaman ini dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar privasi.