Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian akan diambil oleh Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia (KRK UKM) bagi mengurangkan risiko kehilangan, penyalahgunaan, perubahan atau pendedahan maklumat tanpa kebenaran.

 

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Akses kepada maklumat yang berkaitan adalah terhad kepada pihak yang mempunyai keperluan dan kebenaran untuk mengakses maklumat tersebut bagi tujuan rasmi.