Logo & Lagu Rasmi

Logo Rasmi UKM & Kolej Rahim Kajai

Logo Rasmi Red Fox (Rubah Merah)

Lagu Rasmi

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Selangor

Lirik Lagu Kebangsaan – Negaraku 

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Penulis Lirik & Penggubah: Saiful Bahri bin Elyas

Lirik Lagu Negeri Selangor – Duli Yang Maha Mulia

Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Komposer & Penggubah: Saiful Bahri bin Elyas

Lagu Varsiti Kita

Lagu Ilmu Mutu & Budi (Arkib)

Lirik Lagu UKM – Varsiti Kita

Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Banngun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Komposer : Nazri Ahmad
Lirik : Muhammad Hj. Salleh

Lirik Lagu Ilmu Mutu dan Budi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah harga diri
Hidup siswa siswi
Harapan ibu pertiwi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pelita hati
Asas pembina peribadi
Untuk menabur bakti

Itulah pegangan hidup kami
Sumber kekuatan rohani
Mutiara peradaban asli
Titian hidup abadi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pusaka sejati
Menuju cita-cita murni
Semoga Tuhan memberkati

Komposer : Zubir Ali
Lirik : Salleh Hj. Yusof

Lagu Rubah Merah (Arkib - Digunakan pada 2019 sahaja)

Lirik Lagu Rubah Merah 🦊

(Versi 1)
Saat mula melangkah, hati penuh berdebar
Hidup baru bermula, besar cabarannya
Tapi semuanya mudah, bila ada mahabbah
Ganding bahu bersama, bantu di kala susah

(Pra korus)
Takkan menyerah kalah, takkan rebah!

(Korus)
Demimu kajai bongga,
Bernaung di bawah sinarnya,
Bersatu hati, percaya diri
Terus melangkah bangga.

Tunaikan hasrat bangsa,
Semangat juang yang membara,
Biarpun jatuh pantang mengundur,
Maju si rubah merah!

(Versi 2)
Genggam satu impian, mencorak masa depan,
Bawa suara bangsa, teguh maju sentiasa,
Biar jatuh berkali, azam kami takkan mati,
Julang sikalakasi, juara kami pasti.

(Pra Korus)
Takkan menyerah kalah, takkan rebah!

(Korus)
Demimu kajai bongga,
Bernaung di bawah sinarnya,
Bersatu hati, percaya diri
Terus melangkah bangga.

Tunaikan hasrat bangsa,
Semangat juang yang membara,
Biarpun jatuh pantang mengundur,
Maju si rubah merah!

(Korus)
Demimu kajai bongga,
Bernaung di bawah sinarnya,
Bersatu hati, percaya diri
Terus melangkah bangga.

Tunaikan hasrat bangsa,
Semangat juang yang membara,
Biarpun jatuh pantang mengundur,
Maju si rubah merah!

(Korus)
Demimu kajai bongga,
Bernaung di bawah sinarnya,
Bersatu hati, percaya diri
Terus melangkah bangga.

Tunaikan hasrat bangsa,
Semangat juang yang membara,
Biarpun jatuh pantang mengundur,
Maju si rubah merah!

Komposer : Faliq
Lirik : Faizzwan (Elwin) & Faliq

Lagu Kajai Pantang Kalah (Arkib - Digunakan pada 1993-2001 sahaja)

KAJAI PANTANG KALAH (ZAMAN 1993-2001)

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum KRK

Biar jasa jadi kenangan
Rahim Kajai KAMSIS kebanggaan
Dr. Zulkifli pengetua sanjungan
Rahim Kajai KAMSIS cemerlang

Kajai… Kajai pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas menuju gagah
Bujur lalu melintang patah
Merah putih warnaku
Rahim Kajai KAMSISku
Merah putih darahku
Rahim Kajai KAMSISku…