i-SIHAT 2019 platform penyelidikan sains kesihatan

Oleh: Nur Faizah Abu Bakar
Foto: Faisal Arifin

SHAH ALAM, 21 Ogos 2019 – Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan The 12th International Symposium of Health Sciences 2019 (i-SIHAT 2019) pada 21-22 Ogos 2019 bertempat di Hotel Concorde Shah Alam Selangor. Persidangan i-SIHAT 2019 merupakan acara dwi tahunan fakulti yang menjadi platform kepada professional dan penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan berkaitan sains kesihatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Bertemakan ‘Frontiers in Health & Rehabilitation‘, persidangan kali ini berjaya menghimpunkan lebih 150 orang penyelidik daripada pelbagai disiplin sains kesihatan dari dalam dan luar negara. Ucaptama telah disampaikan oleh Dr. Normy Norfiza Abdul Razak dari Universiti Tenaga Nasional dengan tajuk The Future in Health and Rehabilitation Sciences in Forth Industrial Revolution (IR 4.0) Era. Lebih 100 kertas penyelidikan telah dibentangkan dalam persidangan kali ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Hjh Che Ruhaini Che Ja’afar, Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir dalam majlis Prof. Dr. Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr. Cila Umat, Pengerusi I-Sihat 2019 dan Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, mantan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM.