KAKITANGAN BERTUGAS HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) TERKEJUT MENERIMA KUNJUNGAN ISTIMEWA DI HARI RAYA AIDILFITRI KE 2 1441H / 2020

Oleh : Norhayati Md Raji
Foto : Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM

Cheras Kuala Lumpur, 25 Mei 2020 (Isnin) – Petugas Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerima kejutan kunjungan Wakil Alumni Universiti, Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Yeow Wah Chin dan isteri diiringi Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal dan Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid serta Timbalan-Timbalan Pengarah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kunjungan istimewa ini sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan hospital yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Edaran pek makanan selama dua (2) hari turut diberikan kepada kakitangan bertugas bagi memeriahkan suasana Syawal namun tetap mengamalkan penjarakkan sosial.