Pertandingan Program Gotong Royong Kelestarian Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Kelestarian (M3K) KKL 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Gotong Royong Kelestarian M3K UKM KKL 2018 akan mengadakan Pertandingan Program Gotong Royong Kelestarian Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Kelestarian (M3K) KKL 2018 – “Asingkan Bahan Kitar Semula” Fasa Satu (1) Di Kampus Cheras yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 31 Oktober 2018 (Rabu)

Tempat :

  1. Ruang Laluan Antara Galeri dan Auditorium, HCTM
  2. Foyer Lobi Bangunan Praklinikal

Masa :

  1. 9.00 pagi – 10.00 pagi (Ruang Laluan Antara Galeri dan Auditorium, HCTM)
  2. 10.00 pagi – 11.00 pagi (Foyer Lobi Bangunan Praklinikal)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Terbuka kepada semua PTj KKL (Kampus Cheras)
  2. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Oktober 2018 (Selasa)
  3. Menyediakan secara kreatif tong kitar semula (bagi PTj tiada tong tersebut)
  4. Mengasingkan bahan kitar semula seperti kertas, kaca, tin (aluminium, plastik & keluli)
  5. Mengasingkan kertas putih dan kertas berwarna dalam tong/kotak yang berbeza
  6. Mengumpulkan bahan kitar semula di lokasi yang ditetapkan dan dilabel dengan jelas nama PTj
  7. Membawa barang kitar semula dalam kategori yang dinyatakan sahaja.
  8. Cenderamata penghargaan menanti pemenang pengumpul barang kitar semula terbanyak

*Bersama-sama ini dilampirkan Poster dan Borang Penyertaan untuk rujukan bagi PTj KKL Kampus Cheras yang berminat untuk sertai pertandingan seperti di atas. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (BKKPP) di alamat emel (nurfatihah@ppukm.ukm.edu.my /fwanie282@mail.com/) atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urusetia iaitu Puan Nur Fatihah Rohaizad / Cik Norazwani Abdullah di talian 03-9145 8217/ 7829.

Borang Penyertaan Pertandingan Program Gotong Royong Kelestarian M3K KKL 2018