Program Bingkisan Aidilfitri HCTM bersama Ronald Mcdonald House Charities (RMHC) Malaysia.

CHERAS 12 Jun 2018 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kampus Kuala Lumpur UKM bersama Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) dan Jabatan Bendahari Kampus Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Bingkisan Aidilfitri HCTM.

Pemberian dalam bentuk kuih raya, mainan kanak – kanak, botol air serta wang tunai merupakan sumbangan dari pihak HCTM, Jabatan Bendahari, RMHC dan Gloria Jeans Coffee. Seramai 200 orang pesakit di Wad Warga, Wad Peadiatrik, Wad Perubatan dan Wad Surgeri dan Wad Ortopedik telah menerima pemberian berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM bersama dengan Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM, Puan Norini Mohamed, Timbalan Pengarah Eksekutif Kewangan sementara RMHC diwakili oleh En. Azahari Abd Taharim, Pengerusi, En. Mohd. Nasri Nordin, Pengarah Urusan, Puan Idayu Mukti, Pengurus RMCC dan Puan Shazana Yeoh Abdullah.

Program ini adalah inisiatif Pengarah dan Pengurusan HCTM bersempena sambutan bulan Ramadhan Al- Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba. Para pesakit juga dihiburkan oleh badut Ronald McDonald dengan aksi lucu yang bersahaja semasa majlis penyerahan sumbangan tersebut, memeriahkan dan menceriakan lagi suasana terutamanya di wad – wad peadiatrik.