Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

MENGENAI FSK

PENUBUHAN FAKULTI

UKM KL

 

Penubuhan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) merupakan hasil cetusan idea dan aspirasi beberapa ahli akademik tahun 1982. Idea ini telah dibangkitkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik (JPPA) Ke-75 pada 16 Julai 1991.  Secara rasminya Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu telah ditubuhkan pada 1 September 1992 dengan 3 jabatan iaitu Sains Bioperubatan, Optometri dan Pemakanan & Dietetik. Penubuhan FSKB merupakan satu inisiatif bagi mengisi keperluan negara yang memerlukan tenaga profesional dalam bidang sains kesihatan dan merupakan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu pertama di Malaysia. Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu merupakan Fakulti pertama di negara ini yang menawarkan program-program Sains Kesihatan secara komprehensif. Kampusnya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja Muda Abdul Aziz bersama-sama Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi. Kepelbagaian dan kedinamikan kehidupan di Bandaraya juga tercermin pada warga FSK dan program yang ditawarkannya.

 

Fakulti Sains Kesihatan

Dengan tema Peneraju Sains Kesihatan, FSKB UKM telah menjemanakan semula namanya kepada Fakulti Sains Kesihatan (FSK) pada 12 April 2011. FSK menawarkan pelbagai program Sains Kesihatan yang bersifat komprehensif dan dinamik bagi memenuhi keperluan sektor kesihatan negara. Sehingga kini FSK telah menawarkan 12 program pengajian samada di peringkat Pra-siswazah mahupun Pasca-Siswazah.

 

 

Sebanyak 12 program pengajian yang ditawarkan di FSK iaitu:

  1. Program Sains Bioperubatan
  2. Program Optometri & Sains Penglihatan
  3. Program Sains Pemakanan
  4. Program DietetikPrasiswazah
  5.  Program Audiologi
  6. Program Sains Pertuturan
  7. Program Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi
  8. Program Fisioterapi
  9. Program Terapi Carakerja
  10. Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri
  11. Program Sains Forensik
  12. Program Psikologi Klinikal

PENSTRUKTURAN FAKULTI

Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu telah mengambil langkah untuk mengubah nama dan menstrukturkan semula jabatan dan program pengajiannya pada tahun 2010. Pada 23 Jun 2010 perubahan nama Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu kepada Fakulti Sains Kesihatan telah diperakukan. Hasil penstrukturan ini sebanyak 3 pusat pengajian telah ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan (PPSDKG), Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi (PPSR), dan Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan (PPSJK). Penstrukturan ini juga melibatkan pertukaran nama bagi dua program, iaitu Optometri kepada Optometri dan Sains Penglihatan, dan Kesihatan Persekitaran kepada Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri.

Pascasiswazah

Selaras dengan penstrukturan semula universiti, FSK juga mengalami penstukturan semula pada 1 Januari 2018. Hasil penstrukturan ini, semua pusat pengajian telah dijenamakan semula kepada pusat penyelidikan. Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan (PPSDKG) telah ditukar kepada Pusat Sains Kesihatan dan Gunaan (PSKG), Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi (PPSR) dijenamakan semula kepada Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas (PRKK), Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan (PPSJK) ditukar kepada Pusat Kesihatan Komuniti (PKK) terdapat penambahan satu pusat penyelidikan Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care). Dengan penubuhan pusat penyelidikan ini, fungsi setiap pusat dapat difokuskan untuk aktviti penyelidikan fakulti.

Pada 2019 FSK sekali lagi telah mengalami penstrukturan semula. Penstrukturan bertujuan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan di FSK. Penstrukturan semula ini membolehkan kesemua pusat penyelidikan dijenamakan semula kepada Pusat Kajian. Pusat Sains Kesihatan & Gunaan dipecahkan kepada dua pusat kajian iaitu Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE) dan Pusat Kajian Diagnostik, Terapi dan Penyiasatan (CODTIS). Manakala (Pusat Kesihatan Komuniti) PKK dijenamakan semula kepada Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas (PRKK) ditukar kepada Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (ICaRehab) dan Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan dijenamakan semula kepada Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care)