Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

BENGKEL KUMPULAN PENYELIDIKAN GUP-2023-052 – PEMBINAAN KAMUS KOMPETENSI IDEAL

BENGKEL KUMPULAN PENYELIDIKAN GUP-2023-052 – PEMBINAAN KAMUS KOMPETENSI IDEAL

Pada 4 hingga 6 Mac 2024 di Bangi Resort Hotel telah berlangsungnya Bengkel Kumpulan Penyelidikan GUP-2023-052. Penyelidikan kumpulan ini bertujuan menghasilkan Kamus Kompetensi IDEAL bagi kegunaan pemegang kepentingan di universiti (pensyarah & pelajar) dan di industri (majikan & jurulatih industri). IDEAL bermaksud ‘Industry Driven Experiential Learning’. IDEAL adalah salah satu pendekatan dalam pendidikan tersedia masa hadapan (Future Ready Kurikulum – FRC) dan membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bengkel Kumpulan penyelidikan GUP-2023-052 ini diketuai oleh Dr. Rozita Ibrahim dan disertai penyelidik bersama iaitu Dr. Zurina Mahadi, Dr. Nasruddin Yunos, Dr. Wardah Mustafa Din & Dr. Nurul Hanis Aminuddin Jafry. Agenda utama bengkel adalah perbincangan bersama pakar pembangunan kamus kompetensi, Prof. Madya Dr. Rohayu Abdul Ghani dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), UKM. Selain itu turut diadakan dua sesi Temubual Kumpulan Fokus (FGD) untuk mengenalpasti apakah kompetensi diperlukan oleh industri secara umum & bagaimana kaedah terbaik membina serta memperkukuhkan kompetensi berkenaan untuk mahasiswa/i di universiti. Sesi pertama FGD dijalankan bersama kumpulan 8 orang alumni SmSn Citra yang telah berpengalaman menjalani Work-Based Learning (WBL) selama 12 bulan dan 24 bulan di industri samada swasta, kerajaan atau NGO. Sesi kedua FGD pula disertai pemain industri dari pelbagai bidang seperti pendidikan, kejuruteraan, kebajikan, perniagaan dan kerajaan.

Bengkel yang dijalankan telah memberikan input yang berguna kepada kumpulan penyelidik dalam menghasilkan Kamus Kompetensi IDEAL yang dihasratkan. Ahli penyelidik merakamkan jutaan terima kasih kepada pakar bidang dan alumni SmSn Citra serta rakan industri yang menjayakan bengkel ini. Semoga kerjasama akan berterusan dan menjadi sinergi demi mencapai hasrat FRC melalui pendekatan IDEAL.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *