Mac 2019 – Komuniti Tutur , Program Sains Pertuturan, Pusat Rehabilitasi & Keperluan Khas, FSK dengan kerjasama Program Dietetik , Pusat Jagaan Sains Kesihatan, FSK serta ditaja oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berjaya menganjurkan aktiviti amal Fun Baking 2019. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada kanak – kanak yang bermasalah pendengaran mempraktikan kemahiran mendengar dan berkomunikasi yang telah dipelajari dalam ‘bilik terapi’ kepada persekitaran luar ‘sesi terapi’.
Program ini telah memberi peluang kepada seramai 18 orang kanak – kanak bermasalah pendengaran merasai pengalaman menyediakan kek cawan pelbagai perisa dengan dibantu oleh 10 sukarelawan pelajar Tahun 3 Sains Pertuturan dan pelajar daripada Program Dietetik bertempat di dapur Chengkeh D’Lite , FSK. Peserta juga berpeluang untuk menjual kek cawan yang disediakan kepada warga kampus. Cenderamata kepada peserta disediakan menggunakan hasil jualan sebagai kenangan. Didapati lebih 90% responden memberikan maklumbalas yang amat positif dan memberangsangkan berkenaan program ini. Dato’ Leela , CEO Penyayang selaku penganjur bersama acara ini turut hadir bagi memeriahkan program pada sesi tengah hari. Syabas dan tahniah kepada penganjur!!
Berikut beberapa gambar di sepanjang program berlangsung.





