
- UTAMA
- TENTANG KAMI
- PRASISWAZAH
- PASCASISWAZAH
- PENYELIDIKAN
- MyRA II FSK
- Pusat Kajian FSK
- LANTIKAN KHAS FAKULTI
- JARINGAN
- PERKHIDMATAN
- PENERBITAN
- HUBUNGI KAMI
- PEKELILING AKADEMIK
Klinik Audiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di kompleks Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP), Jalan Temerloh, Kuala Lumpur, mula beroperasi pada tahun 1997 sebagai pusat rujukan utama bagi masalah pendengaran serta tempat latihan klinikal pelajar program Sarjanamuda Audiologi (dengan Kepujian) UKM. Klinik ini mempunyai 14 bilik ujian pendengaran serta 2 makmal yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih bagi perkhidmatan penilaian dan pengurusan masalah pendengaran dan keseimbangan serta penyelidikan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan, tinnitus dan kecelaruan pemprosesan auditori untuk pelbagai peringkat umur, iaitu daripada bayi hingga warga emas. Klinik ini dikendalikan oleh para pegawai audiologis bertauliah dari latar belakang kepakaran khusus dalam bidang Audiologi.
Waktu Perkhidmatan
Isnin – Khamis
8.00 pagi -1.00 petang
2.00 – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.15 petang
2.45 – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan cuti umum: Tutup
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
izzatiyusoff@ukm.edu.my
+603-9289 5066
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
wnhanim@ukm.edu.my
+603-9289 5068
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
mka_producer2@yahoo.com
+603-9289 5063
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
nadiah.aa@ukm.edu.my
+603-9289 5068
“Alhamdulillah, akhirnya saya lebih faham masalah yang saya hadapi. Kini saya mampu mendengar lebih baik selepas dipakaikan alat bantu pendengaran”
“Terima kasih kepada kakitangan Klinik Audiologi kerana memberi layanan yang baik kepada anak buah saya Aniq Sofia. Kakitangan di sana bijak mengawal anak-anak aktif seperti Aniq. Atas pemeriksaan pendengaran dan saranan Audiologis, kini Aniq mampu memberi respond dan bercakap dengan lebih baik”