Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Tentang kami

Klinik Sains Pertuturan, Fakulti Sains Kesihatan (KSP-FSK) mula ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1995. Klinik Sains Pertuturan dikendalikan oleh Program Sains Pertuturan, FSK, UKM. Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang merangkumi penilaian dan rawatan atau intervensi kepada individu dari kecil hingga dewasa yang mempunyai masalah kecelaruan komunikasi, bahasa, pertuturan atau penelanan secara terapi individu atau berkumpulan dan secara bersemuka atau teleterapi iaitu terapi atas talian. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada masyarakat umum dan klinik ini dijadikan sebagai pusat pengajaran dan praktikum kepada pelajar ijazah sarjanamuda dalam bidang sains pertuturan. Selari dengan perkembangannya, Klinik Sains Pertuturan UKM telah menjadi salah satu pusat rujukan yang terkenal di peringkat kebangsaan untuk perkhidmatan penilaian dan intervensi kecelaruan bahasa dan pertuturan. Pasukan Klinik Sains Pertuturan terdiri daripada 3 orang terapis pertuturan bahasa yang bertauliah. Klinik Sains Pertuturan menjanjikan layanan yang profesional, mesra, adil dan cekap. 

Perkhidmatan yang ditawarkan

Klinik Sains Pertuturan UKM menawarkan perkhidmatan professional yang ditawarkan kepada masyarakat umum. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a. Penilaian dan khidmat terapi kepada individu (kanak-kanak hingga dewasa) yang mempunyai masalah berkaitan kecelaruan komunikasi, bahasa, pertuturan, suara atau penelanan. Perincian seperti berikut:-

              • Kelewatan perkembangan bahasa dan
              • pertuturan
              • Kegagapan
              • Masalah pendengaran
              • Kecelaruan penyebutan
              • Autisma
              • Masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD)
              • Sindrom Down
              • Kesengauan (resonans)
      • Strok (angin ahmar)
      • Masalah bahasa dan pertuturan yang
      • disebabkan kecederaan otak
      • Dementia
      • Masalah penelanan
      • Kegagapan
      • Masalah suara

b.Terapi pertuturan- bahasa  secara individu atau berkumpulan

c.Telerehabilitasi

Jadual Perkhidmatan

Isnin – Khamis : 8.00 – 1.00 petang
                            2.00 – 4.30 petang

Jumaat              : 8.00 – 12.15 tengah hari
                            2.45 – 4.00 petang

Sabtu & Ahad      : TUTUP

 

Kenali Pegawai Klinikal Anda

Nabiha

Puan Siti Nabihah Md Almi
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44 (Penyelaras Klinik)
sitinabihahmdalmi@ukm.edu.my
+603-9289 5067

Siti Munirah Haris

Puan Siti Munirah Haris
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44  
munirahharis@ukm.edu.my
+603-9289 5067

Hafizah Mohd Azraai

Puan Hafizah Mohd Azraai
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U44
hafizahma@ukm.edu.my
+603-9289 5066

Cik  Nor Shahima Sauhaimi
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U41
shahimasauhami@ukm.edu.my
+603-9289 5066

Mereka yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik Sains Pertuturan FSK

Apa yang mereka kata?

“Pelajar klinik Sains sangat komited, berpengetahuan luas tentang ilmu yang dipelajari, sangat membantu ibubapa supaya cara kerja untuk meningkatkan kosa kata dapat dilaksanakan dengan baik dirumah".

“Saya amat berpuashati dgn teknik mengajar dan perkhidmatan yg diberikan”.

“We're happy with all the classes we attende”.

Harga Perkhidmatan

Hubungi kami

lokasi

Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
53200 Kuala Lumpur

telefon

Telefon : +603-9289 5041

waktu operasi

Isnin – Jumaat:  08:00 am – 05.00 pm

Sabtu & Jumaat: Tutup

ikuti kami