Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Klinik Terapi Carakerja

Tentang Kami

Klinik Terapi Carakerja, Fakulti Sains Kesihatan, UKM mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 dan mula beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2012. Tujuan penubuhan adalah bagi menyediakan fasiliti dan pusat pengajaran kepada pelajar Ijazah Sarjanamuda Terapi Carakerja, UKM mempraktik ilmu yang dipelajari bersama pelanggan. Pada masa sama, ianya turut memberi tambahan pilihan tempat kepada pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan Terapi Carakerja.

Klinik Terapi Carakerja menyediakan perkhidmatan yang merangkumi ujian saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi kepada pelbagai golongan pelanggan bermula dari kanak-kanak sehingga golongan warga emas yang mempunyai masalah daripada aspek fizikal, mental, ketidakupayaan atau kecacatan samada bersifat sementara ataupun kekal. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua individu serta masyarakat umum yang dirujuk dari pelbagai profesion kesihatan.

Klinik ini juga telah dilengkapi dengan satu Bilik Integrasi Sensori, dua bilik Terapi Individu, satu bilik Snoozelen, satu bilik Perpustakaan Permainan serta satu ruang pelbagai guna. Klinik ini juga dikendalikan oleh para terapis bertauliah dari latar belakang kepakaran khusus dalam bidang Terapi Carakerja. Oleh yang demikian, kepakaran yang dimiliki ingin dikongsi bersama anda sebagai pelanggan kesayangan kami. Kami di Klinik Terapi Carakerja menyambut baik kehadiran anda. Ayuh!!! 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Klinik Terapi Carakerja FSK menawarkan perkhidmatan professional yang ditawarkan kepada masyarakat umum. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Terapi Carakerja Pediatrik

Perkhidmatan Terapi Carakerja Neuro Medical

Perkhidmatan Terapi Carakerja Geriatrik (Warga Emas)

Perkhidmatan Terapi Carakerja Ortopaedik dan Surgeri

Perkhidmatan Terapi Carakerja Penglihatan Terhad  Dan Buta

Perkhidmatan Klinik

Isnin - Khamis

8.30 pagi - 1.00 petang
2.00 - 5.00 petang

Jumaat

8.30 pagi - 12.00 tengah hari
2.45 - 5.00 petang

Sabtu & Ahad

Tutup

Kenali Pegawai Pemulihan Kami

Kemudahan Klinik Terapi Carakerja FSK

Bilik Terapeutik Individu 1&2 
Bilik  Integrasi Sensori
Bilik Kemahiran ADL (Sudut ADL)
Bilik Kemahiran ADL (Sudut Fizikal)
Bilik Snoozelen
Laluan dan Ruang Menunggu
Bilik Kemahiran ADL (Sudut Rehabilitasi  Kognitif)   

Aktiviti Klinik Terapi Carakerja FSK

AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR (COTS) BERSAMA KLIEN AUTISME
LATIHAN DALAMAN BERSAMA BRAINET STEM
AKTIVITI PELAJAR BERSAMA PESAKIT KLINIK
PENGENDALIAN PERALATAN DAPUR
LATIHAN PENJAGA MENGGUNAKAN MODUL WHO-CST (SESI VIDEO DEMONSTRASI)

Kadar Caj Perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat

Klinik Terapi Carakerja
Fakulti Sains Kesihatan UKM
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Hubungi kami

Telefon: +603-9289 7203

Email:klinikterapicarakerja@ukm.edu.my

Masa operasi