3 MINUTE THESIS COMPETITION (3MT UKM 2022)

3 MINUTE THESIS COMPETITION (3MT UKM 2022)

(English version is available at the end of the Malay Version. Please scroll below)

Untuk pendaftaran pertandingan dan penghantaran video, sila klik DI SINI selewat-lewatnya 8 Mei 2022. Kriteria dan maklumat lanjut pertandingan turut diberikan dalam pautan yang sama.

 

Apa itu Three Minute Thesis (3MT)?

Three Minute Thesis (3MT@) ialah pertandingan penyelidikan yang dibangunkan oleh Universiti Queensland (UQ). Ia adalah satu usaha untuk menyediakan peluang kepada pelajar bagi memupuk kemahiran akademik, komunikasi penyelidikan dan kemahiran pembentangan. Secara khususnya, pertandingan ini akan menguji keupayaan pelajar untuk menerangkan penyelidikan mereka secara efektif dan kepentingannya dalam bahasa yang sesuai untuk penonton di luar bidang dalam masa tiga minit. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, sila layari laman sesawang berikut: http://threeminutethesis.org/

Kelayakan Penyertaan

Peserta mestilah pelajar PhD semester 3 dan ke atas serta telah lulus kertas cadangan penyelidikan. Pelajar juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya dapatan kajian awal dan belum memenuhi semua syarat pengijazahan. Syarat-syarat lain turut dinyatakan dalam lampiran. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar siswazah dari tiga kelompok bidang penyelidikan berikut:

  • Sains
  • Sains Sosial
  • Kejuruteraan dan Teknologi

Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai seperti berikut untuk setiap kategori:

Tempat pertama – RM 1,000.000

Tempat kedua- RM 600.000

Tempat ketiga – RM 400.00

Tarikh-tarikh penting untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:

Pendaftaran dibuka: 6 April 2022
Tarikh tutup pendaftaran: 8 Mei 2022
Pengumuman pemenang: 16 Mei 2022

Sila layari laman sesawang berikut untuk menonton pertandingan 3MT UKM yang pernah dianjurkan sebelum ini: https://www.youtube.com/watch?v=jbFwS-mw210

Sekian, terima kasih dan salam hormat.