Hebahan Awal | Biasiswa Naib Canselor UKM dan Biasiswa Zakat UKM

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Biasiswa Naib Canselor UKM dan Biasiswa Zakat UKM. Biasiswa-biasiswa ini adalah terbuka untuk calon pelajar baharu kemasukan Semester 1 Sesi 2021/2022.

Biasiswa Naib Canselor UKM terbuka kepada calon pelajar warganegara dan bukan warganegara yang cemerlang dan bakal mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (mod penyelidikan) di UKM secara sepenuh masa.

Biasiswa Zakat UKM pula terbuka kepada calon pelajar warganegara beragama Islam yang cemerlang dan bakal mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (mod penyelidikan atau mod campuran) di UKM secara sepenuh masa.

Permohonan biasiswa ini AKAN dibuka pada 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.

Garis Panduan bagi kriteria pemilihan biasiswa ini akan diberikan kemudian.

Antara dokumen (salinan lembut) yang diperlukan ialah:

  1. Gambar berukuran pasport;
  2. Salinan kad pengenalan/Pasport;
  3. Salinan transkrip Akademik Sarjana Muda atau Sarjana (disahkan benar dari salinan asal);
  4. Muka hadapan artikel yang telah diterbitkan;
  5. Salinan surat tawaran kemasukan ke UKM;
  6. Cadangan penyelidikan;
  7. Huraian secara ringkas “Mengapa UKM perlu memilih anda untuk biasiswa ini”
  8. Vitae kurikulum (CV)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada awardsandscholarship@ukm.edu.my.

*Permohonan bagi pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah UKM perlu dibuat terlebih dahulu melalui http://www.ukm.my/join