Kedudukan UKM dalam QS WUR (2022)

 

Sebanyak 25 subjek di UKM telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat dalam kelompok subjek terbaik di dunia. Tiga daripadanya berada di kedudukan 150 terbaik dunia dalam penarafan QS World University Ranking (WUR) by Subject 2022. Subjek-subjek tersebut adalah English Language & Literature, Chemical Engineering dan Civil Engineering, manakala tiga subjek lagi iaitu Mechanical Engineering, Materials Science dan Law telah meningkat satu sela berbanding tahun lepas. Tujuh subjek pula kekal di kedudukan seperti tahun sebelumnya. Ini menjadikan kedudukan UKM dalam kesemua lima bidang iaitu Arts & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, Natural Sciences dan Social Sciences & Management meningkat dengan cemerlang. Tahniah UKM! UKM Mara!