KEJAYAAN PENYELIDIK: MENERBIT DI NATURE (IF 41.577)

Fakulti Sains Kesihatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Pooh Bee Koon dan Dr. Wong Jyh Eiin di atas kejayaan menerbitkan makalah bertajuk Rising Rural Body-Mass Index is the Main Driver of global Obesity Epidemic in Adults bersama-sama rakan-rakan penyelidik dari dalam dan luar negara. Makalah ini telah diterbitkan dalam Nature (IF 41.577) pada Mei 2019. Tahniah dan syabas.