KEMBARA KATARAK UKM 1.0

KEMBARA KATARAK UKM 1.0 merupakan satu program marathon selama 3 hari yang menyantuni sekumpulan pesakit katarak yang sukar mendapatkan rawatan pembedahan katarak. Gabungan padu 4 fakulti (Sains Kesihatan, Kejuruteraan & Alam Bina, Undang-Undang dan Perubatan) melengkapkan satu program khidmat masyarakat penjagaan kesihatan mata secara komprehensif.