Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Program Sains Forensik

Forensic Science Programme

Program sarjana muda sains forensik merupakan satu program profesional yang menekankan penggunaan sains untuk menyelesaikan jenayah. Aplikasi pengetahuan pada pelbagai bidang sains terutamanya bidang kimia dan pembangunan pemikiran logikal membenarkan graduan untuk berfikir secara logik dan rasional apabila menghadapi sesuatu masalah atau kes. Oleh kerana ia merupakan satu program sarjana muda, pelajar didedahkan kepada pengetahuan asas sehingga hujung. Ini merangkumi pemprosesan tempat kejadian, pemilihan bahan bukti yang penting, memproses bahan bukti, pentafsiran bahan bukti, mendraft laporan dan mempersembahkan laporan tersebut di mahkamah. Graduan di bawah program ini berkelayakan mendaftar sebagai ahli Institut Kimia Malaysia (IKM) agar tandatangan graduan diiktiraf oleh mahkamah Malaysia.

Forensic Science Programme

OBJEKTIF

Umumnya program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai bidang sains forensik. Secara amnya, kursus ini bermula dengan mengkukuhkan kimia asas dan secara perlahan-lahan mengaplikasi pengetahun yang telah diperolehi dalam penyelesaian kes jenayah. Kemudian, aplikasi kimia dalam penyelesaian jenayah diperkembangkan lagi dengan memperluaskan pengetahuan pelajar dan pemahaman teknik penyiasatan serta pemikiran logikal. Akhirnya, pelajar akan berpengalaman dengan masalah, isu dan tekanan yang datang dari pemberian keterangan pakar di mahkamah.

PROSPEK KERJAYA

Kursus ini diciptakan untuk membenarkan graduan sains forensik untuk berkerja dalam dua bidang utama. Ini termasuk sebagai saintis forensik dan/atau ahli kimia. Sebagai graduan saintis forensik, pelajar akan dapat akses kepada pelbagai organisasi di dalam kerajaan yang mempunyai komponen penguatkuasaan. Ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Maritim. Manakala, sebagai seorang ahli kimia, pelajar boleh bekerja di pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Baru-baru ini, sektor swasta seolah-olah mula menawarkan pilihan yang lebih baik di mana graduan boleh menjadi penyiasat dalam syarikat penyiasatan persendirian, insurans dan bank.

Disebabkan struktur program bersifat menggalakkan berdikari, keyakinan dan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik, graduan juga boleh mengambil kerjaya yang tidak berkaitan dengan sains forensik.

Maklumat lanjut sila layari: http://www.ukmforensics.com