EKSA UKM 2023 Gotong-Royong Launch Ceremony

Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla hadir merasmikan majlis Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat UKM dan Program Gotong-royong Perdana EKSA yang melibatkan 13 PTj rintis.

Majlis ini merupakan titik permulaan kepada UKM untuk melaksanakan prakarsa EKSA yang merupakan Evolusi Baharu Sistem Peraekitaran Berkualiti.

Penerapan nilai dan elemen EKSA diharapkan memberi impak yang positif kepada pihak berkepentingan terutamanya terhadap peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen oleh warga UKM.

Hadir sama, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Prof Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian), Pusat Strategi, Prof Madya Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman.

Similar Posts