Largest Gutta Percha Tree Planting Program

Bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022, Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak – The Malaysia Book of Records anjuran Yayasan TM dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai sejarah telekomunikasi negara.

Program ini juga menyokong inisiatif Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak ini adalah anjuran bersama dengan 18 rakan strategik di 23 lokasi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perlis.

Sebanyak 5017 pokok ditanam dalam masa 24 jam, 100 batang pokok ditanam di UKM yang melibatkan 20 sukarelawan yang merupakan mahasiswa UKM dan 6 PTj yang terdiri Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Jabatan Pembangunan Prasarana(JPP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA UKM), dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Similar Posts