Bangi Botanical Garden Launch Ceremony

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak melancarkan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi yang diadakan di Kompleks Rumah Tumbuhan, hari ini.

Taman Botani adalah gabungan empat unit iaitu Taman Paku Pakis, Taman Herba, Hutan Simpan Kekal Bangi, dan Kompleks Rumah Tumbuhan yang berada di bawah Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

Taman ini bakal menjadi pusat pemuliharaan dan pemeliharaan kumpulan tumbuhan terpilih, menjadi pusat pendidikan eko-edupelancongan, makmal semulajadi dalam mendokong penyelidikan berkaitan kepelbagaian biologi, pusat nurseri pembiakan dan penjualan tumbuhan, pusat rujukan dan perkhidmatan kepakaran berkaitan flora dan fauna, dan pusat rekreasi bagi warga dan bukan warga UKM.

Pada majlis pelancaran tersebut, turut diadakan Program Jelajah Alam Paku Pakis, Taman Herba dan Hutan Simpan Kekal Bangi yang disertai oleh lebih 50 orang warga UKM.

Similar Posts