UKM Explores the Study of Plant Essential Oils

UKM melalui INBIOSIS menandatangani kerjasama dengan NARINAR GROUP Sdn. Bhd dalam projek bertajuk “Chemical Composition Analyses of the Plants Essential Oils”.

Kajian ini melibatkan pembangunan kaedah memprofil metabolit daripada pelbagai minyak pati tumbuhan yang berpotensi digunakan dalam penghasilan produk minyak pati oleh NARINAR GROUP Sdn. Bhd. Kajian ini juga mengenalpasti mutu dan kualiti minyak pati yang dihasilkan oleh tumbuhan terpilih dalam produk yang dibangunkan oleh NARINAR Sdn Bhd.

Majlis dihadiri Prof. Ir. Dato’ Dr. Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Encik Mohd Nawawi Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif NARINAR Group, Prof. Dr. Zeti Azura Mohamed Hussein Pengarah INBIOSIS, dan Pn. Nur Shazren Binti Mohd Shah Pengarah Urusan & Pengasas Narinar.

Similar Posts