BERITA : FESTIVAL KEMBARA IMAN 5 MELAHIRKAN INSAN BERJIWA KEROHANIAN

Disediakan oleh: Nurul Ain Binti Samad

Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang senyum, dalaman

Pada 20 April 2019 yang lalu, Festival Kembara Iman (FESKI) 5 Fasa 1 anjuran Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai telah berlangsung bertempat di Aras 6, Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Secara keseluruhan, seramai 53 orang peserta dari pelbagai IPTA/S telah mengambil bahagian bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu pertandingan Hafazan, tilawah Al-Quran serta Azan. Terdapat tiga orang juri khas yang telah mengadili setiap kategori yang dipertandingkan ini.

Johan bagi kategori Tilawah Al- Quran dan kategori Hafazan telah membawa pulang wang tunai bernilai RM700, Al- Quran Swarovski, plak dan beberapa barangan berbentuk sagu hati daripada pihak penaja. Bagi kategori pertandingan Azan pula, johan telah membawa pulang wang tunai bernilai RM300, Al-Quran Swarovski, plak serta beberapa hadiah saguhati daripada pihak penaja.

Dua orang pelajar daripada Kolej Rahim Kajai yang telah berjaya merangkul gelaran juara bagi pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita, iaitu Amril Syafiq bin Akmal serta Nurul Huda binti Aslari Effendy.

Program yang berakhir jam 4 petang ini mempunyai fasanya yang kedua iaitu pada 11 Mei 2019, bersamaan dengan 6 Ramadhan yang bertempat di Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi FESKI 5 yang akan diadakan pada bulan Ramadhan kelak.