BERITA: KEMBARA ILMU BERSAMA ANAK ANGKAT IOJ DAN DUTA-DUTA IOJ DI IPOH, PERAK

Disediakan Oleh: Muhammad Hisyam bin Ibrahim

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, luaran

Pada 2 hingga 3 Mac yang lalu, duta-duta IOJ-KRK telah menganjurkan program Kembara Ilmu di Ipoh, Perak bagi meraikan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak IOJ untuk UPSR pada tahun yang lalu. Program ini juga telah mendapatkan sokongan yang amat memuaskan bukan sahaja daripada pihak kolej, malah daripada ibu bapa anak-anak angkat masing-masing. Seramai 30 orang telah ikut serta dalam program ini.

Rombongan ini telah melawat beberapa tempat menarik di Ipoh iaitu Lost World of Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang, Muzium Darul Ridzuan dan Concubine Lane.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas penganjuran program kali ini dan telah menjemput saya dan barisan MEP untuk menyertai program ini. Terima kasih kepada duta-duta yang telah menjaga anak angkat masing-masing selama setahun dan telah berbakti dalam program IOJ. Saya berharap agar kerjasama antara Kolej Rahim Kajai dan NGO lain dapat tercipta bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada masyarakat.”, ujar Muhammad Faiq bin Ishammuddin selaku Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan tahniah kepada duta-duta IOJ-KRK atas perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan juga pencapaian mereka dalam menaikkan nama baik kolej di mata masyarakat luar.