BERITA: MALAM SANTAI SENI 4.0 DENGAN KONSEP ‘TRASH TO TREASURE’

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Foto Biro ICT & Multimedia KRK.

 

Malam Santai Seni 4.0 anjuran Kelab Kebudayaan Adyratna Kolej Rahim Kajai kali ini telah diadakan pada 6 Disember 2018, bertempat di Foyer Kolej Rahim Kajai dengan tema ‘Trash to Treasure’.

Antara pengisian daripada program ini terdiri daripada fashion show, nyanyian, tarian serta aksi silap mata yang turut disertai oleh pelajar-pelajar dari kolej lain, antaranya Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za’ba.

Majlis berakhir dengan jayanya kira-kira sekitar 10.30 malam. Jutaan terima kasih buat semua peserta dan penonton yang hadir pada Malam Santai Seni kali ini.