BERITA: PENTAS SEMARAK SENI 2.0 – SEMAI SENI BUDAYA WARISAN

Disediakan oleh: Nurul Ain Binti Samad

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai

Pada 23 Mac 2019, Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (PUSKEB) telah menganjurkan sebuah pertandingan tarian tradisional iaitu Pentas Semarak Seni 2.0, bertempat di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan ini telah bermula sejak tahun lepas, dan ini merupakan kali kedua.

Antara matlamat pertandingan ini dianjurkan adalah bagi memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarakkan seni budaya warisan bangsa.

Sejumlah 9 buah kumpulan telah bertanding bagi Kategori A, iaitu kategori sekolah manakala 12 buah kumpulan lagi bertanding bagi kategori B, iaitu kategori IPT dan terbuka.

Turut hadir beberapa orang tetamu kehormat. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Paiman Bin Keromo selaku Ketua Pegawai Esekutif Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Johan bagi Kategori A telah dimenangi oleh Cyberdansa Dance Crew A manakala johan bagi Kategori B pula telah dimenangi oleh Di’Wans Dancer. Tahniah buat semua pemenang kerana telah membuat persembahan yang cukup hebat sehingga berjaya memukau hati para juri dan penonton. Tahniah juga buat semua kumpulan yang telah bertungkus lumus demi menyertai pertandingan ini.