BERITA: SISWI KOLEJ RAHIM KAJAI MENGUNGGULI GELARAN JUARA PENGUCAPAN AWAM DALAM INTERNATIONAL YOUTH DAIE

Disediakan Oleh: Khairunnisa binti Noryazed

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

Pada 26 Februari 2019 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghantar seorang peserta bagi mewakili UKM dalam pertandingan pengucapan awam iaitu International Youth Daie anjuran Universiti Islam Sultan Shariff Ali Brunei Darusalam (UNISSA).
.
Dalam pertandingan itu, Nurul Nadhirah binti Mohd Ayob, pelajar Tahun 1 jurusan Psikologi juga merupakan penghuni Kolej Rahim Kajai telah berjaya merangkul kedudukan johan, sekaligus mengatasi dua peserta tempatan, UNISSA yang mendapat naib johan dan tempat ketiga. Dengan pencapaian tersebut, beliau telah berjaya menaikkan nama universiti ke peringkat antarabangsa.

“Saya minat pengucapan awam drpada sekolah rendah lagi. Sebelum ini saya hanya masuk pengucapan awam akademik. ini kali pertama saya diberi peluang untuk masuk ke bidang pengucapan awam agama. Saya tidak menyangka akan mendapat johan, kerana Dr Athiroh, pensyarah jabatan dakwah hanya meminta saya untuk berdiri di depan dengan niat menyampaikan dakwah. Alhamdulillah, peluang yang diberikan oleh beliau telah menyebabkan saya sampai ke tahap ini. Berkat rezeki daripada Allah juga yang telah memberikan saya kemenangan dan ini permulaan langkah saya dalam bidang dakwah.”, ujar beliau.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat saudari Nadhirah atas pencapaian beliau dalam mengharumkan nama kolej dan UKM.