BERITA: UKM RANGKUL TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN PERMIS UKM

Disediakan Oleh: Ri Shan 

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum

Pada 1 hingga 3 Mac 2019 yang lalu, peserta-peserta debat dan pidato dari pelbagai IPT telah datang ke UKM untuk menyertai Pertandingan Debat & Pidato Piala AKinabalu anjuran Persatuan Mahasiswa/i Sabah (PERMIS) UKM yang bertempat di Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) & Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Muhammad Ali bin Latansi, seorang pelajar Tahun 1 Pengajian Bahasa Melayu yang juga merupakan warga Kolej Rahim Kajai telah mengharumkan nama UKM apabila beliau berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan dalam kategori Pertandingan Pidato.

“Diberi peluang untuk mewakili UKM sebagai pemidato merupakan suatu pengalaman yang paling berharga buat saya. Saya tidak menjangkakan untuk memenangi dalam pertandingan tersebut disebabkan kekurangan masa dan juga komitmen lain. Namun, saya tetap berasa bersyurkur kepada PERMIS kerana telah memberi kepercayaan, sokongan dan dorongan kepada saya.”, ujar beliau.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan sekalung tahniah buat saudara Muhammad Ali.