Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

KLINIK TERAPI FIZIKAL

PENGENALAN

Klinik Fisioterapi (yang dinamakan sebagai Klinik Terapi Fizikal) ditubuhkan di bawah Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan sejak 2008 bagi menyahut aspirasi UKM untuk berbakti menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada kepada komuniti. Klinik Terapi Fizikal ini menawarkan pembelajaran, pengajaran dan juga perkhidmatan Fisioterapi  seperti penilaian dan perawatan pelbagai kes yang memerlukan pemulihan jangka pendek atau panjang. Klinik Terapi Fizikal turut menawarkan perkhidmatan saringan dan promosi kesihatan di klinik dan komuniti, disamping menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan terhadap bidang tertentu, khususnya Fisioterapi. Pelanggan kami  terdiri daripada individu perseorangan dan daripada kumpulan sasaran khusus, yang dirujuk dari pelbagai disiplin samada dari hospital dan klinik kerajaan serta swasta.

 

VISI

Kami berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi Fisioterapi yang komprehensif dan  promosi kesihatan yang berkualiti tinggi berasaskan bukti kepada masyarakat dan komuniti setempat.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan berfokuskan pelanggan (client-focused) yang berkualiti, komprehensif dan berpiawaian tinggi dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan. 
  2. Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pelanggan serta komuniti.
  3. Mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas kepada komuniti.
  4. Berkerjasama dengan agensi luar dalam menyediakan pelan strategik mengikut keperluan pihak berkepentingan (stakeholder).
  5. Menyediakan peluang latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma.
  6. Membantu mengukuhkan Fakulti Sains Kesihatan khususnya dan UKM amnya sebagai pusat penyelidikan klinikal.

 

RUJUKAN PELANGGAN KE KLINIK FIZIKAL TERAPI

  • Kami menerima pelanggan dengan rujukan daripada hospital/ klinik/ institusi kerajaan dan swasta. Kami juga mempertimbangkan kes rujukan sendiri atau tanpa temujanji.

 

PERKHIDMATAN

Klinik Fizikal Terapi menawarkan perkhidmatan berikut:

a) Perkhidmtan Rawatan 

  1. Penilaian dan perawatan rehabilitasi untuk kes
      • Kecederaan sukan dan muskuloskeletal
      • Kardiorespiratori
      • Neurologi
      • Peadiatrik
      • Geriatrik
      • Kesihatan wanita
  2. Pemulihan selepas pembedahan
  3. Promosi kesihatan dan kecergasan 
    • Ujian saringan (seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina)
  4. Perkhidmatan ke luar
    • Servis ke rumah (perseorangan)
      • Stroke Rehab, 
      • Post-surgeri Rehab (TKR, THR, CABG, dll)
      • Geriatrik Rehab
      • Pediatrik Rehab (Cerebral Palsy, Global Delay Development, Down Syndrome, Spina Bifida, dll)

 

(b) Program khusus yang dijalankan adalah

  1. Program Seminar 
    • ceramah dan demonstrasi senaman
    • ergonomik dan penjagaan tulang belakang 
    • bengkel senaman di tempat kerja, 
  2. Program Terapi Berkumpulan
  3. Program Latihan Keseimbangan dan Peningkatan Fungsi Harian
  4. Program Rehabilitasi Pulmonari
  5. Program senaman kalangan obesiti (dewasa dan kanak-kanak)
  6. Program terapi permainan
  7. Program kecergasan sukan 
  8. Program antenatal dan postnatal
  9. Program Rehabilitasi Pilates
  10. Program Terapi Interaktif
  11. Program Pendidikan Kesihatan di Komuniti
  12. Program saringan kesihatan seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina
  13. Klinik Khas oleh pensyarah

 

 

PROSEDUR  PENERIMAAN RAWATAN DI KLINIK TERAPI FIZIKAL

  1. Sesi rawatan yang diberikan adalah mengikut temujanji. Temujanji boleh dibuat  melalui telefon atau hadir ke kaunter pendaftaran Klinik Terapi Fizikal. Beberapa dokumen penting yang diperlukan semasa pendaftaran, pelanggan diminta membawa dokumen berikut pada temujanji pertama;
    • Surat rujukan
    • Kad pengenalan / passport 
    • Surat jaminan daripada majikan (Staf kerajaan / badan berkanun)
    • Kad pesara
    • Surat daripada sekolah (pelajar sekolah rendah dan menengah)
    • Kad kebajikan (OKU)

          2. Lawatan rawatan pertama termasuklah penilaian awal oleh fisioterapi mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1  jam. Rawatan susulan pula mengambil masa di antara 20 minit ke satu jam.

 

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 12.00 petang
                       2.00 –  4.30 petang

Jumaat   : 8.00 pagi– 12.00 petang
           2.45 – 4.30 petang

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am : Tutup

 

KENALI FISIOTERAPIS ANDA:

 

Puan Zainura Abd Karim
Penyelaras Klinik Terapi Fizikal
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (UK), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Kardiorespiratori

 

 

 

Puan Mahfuzah Ahmad Mokhtar
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Neurologi

 

 

 

Puan Fazlina @ Asma Mohd Padzil
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Muskuloskeletal

 

 

 

Puan Aida Safra Ruslan
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Rehabilitasi Sukan

Cik  Siti Nur Akma Kamaruddin
Jurupulih Perubatan U29
DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Pediatrik

PENSYARAH

  • Prof. Madya Dr. Nor Azlin Mohd Nordin
  • Prof Madya Dr. Devinder Kaur Ajit Singh 
  • Dr Asfarina Zanudin 
  • Dr Normala Mesbah
  • Puan Nor Azura Azmi
  • Encik Mohd Azzuan  Ahmad

KEMUDAHAN KLINIK FIZIKAL TERAPI

                             

Kemudahan Latihan              Latihan Keseimbangan               Jim Pelbagai Guna
berjalan menggunakan
parallel bar bagi
kanak-kanak

Play therapy                                                                   Ruang senaman                                   Ruang senaman

 

                                                     Aktiviti Jom Aktif                     Senaman Berkumpulan                            Program kecergasan sukan

 


Ruang Rawatan Pediatrik                          Terapi Interaktif


Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi / temui kami di :

Klinik Terapi Fizikal,
Program Fisioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Aras 1, Blok D
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-92497958/ 01120742516