SIJIL PROFESIONAL KAUNSELING PENYAKIT MAKULA

SIJIL PROFESIONAL KAUNSELING PENYAKIT MAKULA

Program Pensijilan Profesional Kaunseling Penyakit Makula ditawarkan untuk memberikan satu kerangka latihan klinikal dari segi pendekatan kaunseling kepada pesakit dengan penyakit makula kepada ahli klinikal dalam bidang penjagaan kesihatan mata.
Satu kajian sedang dilakukan oleh Program Optometri dan Sains Penglihatan UKM berkenaan tahap pengetahuan, sikap dan tindakan pesakit dengan penyakit makula, iaitu degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. Data preliminari menunjukan tahap pengetahuan pesakit adalah rendah. Ini menunjukkan betapa pentingnya satu program kaunseling diwujudkan supaya tahap pengetahuan dan kesedaran pesakit tentang penyakit makula ditingkatkan dan rawatan dapat diberikan dengan lebih efektif supaya pesakit tidak mengalami kebutaan. Kelas akan diadakan secara Hybrid

Kelebihan Program Sijil Profesional Kaunseling Penyakit Makula:
📌 Berkebolehan menjelaskan penilaian dan pengurusan pesakit yang didiagnos dengan degenerasi makula menggunakan pendekatan kaunseling.
📌Berkebolehan mengaplikasi pendekatan kaunseling yang bersesuaian bagi pesakit yang didiagnos dengan degenerasi makula.

Syarat Kemasukan :
Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 tahun pengalaman bekerja di klinik oftalmologi dan 2 tahun pengalaman kaunseling berkaitan penyakit makula di klinik oftalmologi,
ATAU
Diploma Kejururawatan dan 2 tahun pengalaman kaunseling berkaitan penyakit makula di klinik oftalmologi,
ATAU
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan yang diiktiraf oleh senat UKM dan 2 tahun pengalaman kaunseling berkaitan penyakit makula di klinik oftalmologi,
ATAU
Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh senat UKM

ATAU
Ijazah Sarjana Muda/Diploma dalam bidang Psikologi/Kaunseling yang diiktiraf oleh senat UKM.

BERITA BAIK !
Untuk calon yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk DITAJA PENUH

Sesi kemasukan bermula Disember 2022.

☎️Dr. Mohd Harimi Abd Rahman
018-2125880

harimirahman@ukm.edu.my

☎️Puan Nur Anis Syuhada binti Mohd Shatar

03-8921 3495

studymc@ukm.edu.my