Terima Kasih Alumni FSK

Ucapan Penghargaan Kepada Alumni
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua alumni Fakulti Sains Kesihatan yang sentiasa bermurah hati untuk menyumbang untuk pembangunan fakulti. Sebanyak RM 9800.00 telah disumbangkan oleh alumni bagi aktiviti tertentu. Antara aktiviti yang telah mendapat sumbangan alumni FSK adalah seperti penganjuran Hari Keusahawanan FSK 2021, Projek iftar dan sumbangan hari raya, sumbangan konvokesyen dan juga penaiktarafan infrastruktur dan prasarana pembelajaran.
Pihak fakulti amat berterima kasih atas semua sumbangan yang telah diberikan oleh semua alumni. Diharap alumni FSK terus cemerlang dan terus menyumbang bagi kecemerlangan fakulti.
Terima kasih alumni FSK!!