Sesi Akademik 2018/2019
Struktur Penawaran Kursus Pendidikan Citra Sesi Akademik 2018-2019
1. Pelajar baru yang mula mendaftar Semester I Sesi Akademik 2018-2019 perlu lulus dan melengkapkan:
- 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Profesional iaitu melibatkan Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Perubatan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Program Perakaunan);
- 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i iaitu melibatkan Program Sarjana Muda Sains Citra, Fakulti Sains dan Teknologi (Program Bioteknologi dan Pengurusan, Program Oleokimia, Program Sains Sekitaran, Program Kimia, Program Teknologi Kimia, Program Bioinformatik & Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan).
- 40 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Bukan Profesional dan Program yang mempunyai Program Standard iaitu melibatkan Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Teknologi (kecuali Program Bioteknologi dan Pengurusan, Program Oleokimia, Program Sains Sekitaran, Program Kimia, Program Teknologi Kimia, Program Bioinformatik & Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (kecuali Program Perakaunan).
2. Kursus Pendidikan Citra bagi Program Profesional dan Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu:
- Kursus Wajib Universiti – 10 kredit
- Kursus Citra Universiti Luar Fakulti – minimum 10 kredit
- Kursus Citra Universiti Yang Disetarakan – maksimum 10 kredit
3. Kursus Pendidikan Citra bagi Program Bukan Profesional terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu:
- Kursus Wajib Universiti – 10 kredit
- Kursus Citra Universiti Luar Fakulti – minimum 20 kredit
- Kursus Citra Universiti Yang Disetarakan – maksimum 10 kredit
4. Kursus Wajib Universiti – Taraf kursus adalah CW dan kursus ini ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti. Pelajar perlu lulus dan melengkapkan 10 kredit. Kursus Wajib Universiti adalah :
4.1 Bagi pelajar Warganegara
-
- LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
- LMCW2163 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia (3 kredit)
- LMCW2173 – Hubungan Etnik (3 kredit)
- LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)
4.2 Bagi pelajar Bukan Warganegara
-
- LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
- LMCW2183 – Pengajian Malaysia 3 (3 kredit)
- LMCW2193 – Bahasa Melayu Komunikasi 2 (3 kredit)
- LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)
5. Kursus Citra Universiti – Taraf kursus adalah C1,C2,C3,C4,C5,C6. Pelajar perlu melengkapkan keperluan kredit minimum mengikut Citra seperti rajah dibawah :
Domain Citra | Program Bukan Profesional (Kredit Minimum per domain) | Program Profesional (Kredit Minimum per domain) |
---|---|---|
Citra 1 – Citra Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan | 4 | 4 |
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi | 4 | 4 |
Citra 3 – Citra Kuantitatif & Kualitatif | 2 | 2 |
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi | 2 | 2 |
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian | 2 | 2 |
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup | 2 | 2 |
* Citra 1 dan Citra 2 diberikan penekanan jumlah kredit lebih kerana hasil dari perbincangan dengan pemegang taruh iaitu industri, pelajar, ibu bapa, NGO, jabatan kerajaan dan badan professional yang mahukan pelajar UKM mempunyai jati diri dan etika yang mantap di samping penguasaan bahasa.
* Baki keperluan kredit Kursus Citra mengikut Citra UKM adalah ditentukan oleh fakulti atau pelajar sendiri.
5.1 Kursus Citra Universiti Luar Fakulti adalah Kursus Citra Universiti (Taraf C1,C2,C3,C4,C5,C6) yang bukan ditawarkan oleh fakulti pelajar. Pelajar perlu mengambil kursus yang ditawarkan samada oleh Pusat Citra Universiti (kod kursus LMXX) atau fakulti lain.
5.2 Kursus Citra Universiti Yang Disetarakan adalah kursus Citra (Taraf C1,C2,C3,C4,C5,C6) yang ditawarkan oleh fakulti pelajar.