Sesi Akademik 2021/2022

Struktur Penawaran Kursus Pendidikan Citra Sesi Akademik 2021-2022

1. Pelajar baru yang mula mendaftar perlu lulus dan melengkapkan:

  • 22 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar semua fakulti.

2. Kursus Pendidikan Citra terbahagi kepada tiga (2) komponen iaitu:

  • Kursus Wajib Universiti – 10 kredit
  • Kursus Citra Rentas – minimum 12 kredit

3. Kursus Wajib Universiti – Taraf kursus adalah CW dan kursus ini ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti. Pelajar perlu lulus dan melengkapkan 10 kredit. Kursus Wajib Universiti adalah :

3.1       Bagi pelajar Warganegara

  • LMCW1022 – Asas Keusahawanan & Inovasi (2 kredit)
  • LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)
  • LMCW2143 – Falsafah dan Isu Semasa (3 kredit)
  • LMCW2153 – Penghayatan Etika dan Peradaban (3 kredit)

3.2       Bagi pelajar Bukan Warganegara

  • LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
  • LMCW2193 – Bahasa Melayu Komunikasi 2 (3 kredit)
  • LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)
  • LMCW2143 – Falsafah dan Isu Semasa (3 kredit) ATAU
  • LMCW2153 – Penghayatan Etika dan Peradaban (3 kredit)

 

Kursus Citra Universiti – Taraf kursus adalah C1, C2, C3, C4, C5 & C6. Pelajar perlu melengkapkan keperluan kredit minimum mengikut Citra seperti rajah dibawah:

Domain CitraKredit Minimum
Citra 1 – Literasi Bahasa dan Komunikasi2
Citra 2 – Pemikiran Kreatif dan Reka Cipta2
Citra 3 – Literasi Sastera, Budaya dan Ketamadunan2
Citra 4 – Literasi Sains, Teknologi dan Kesihatan2
Citra 5 – Keusahawanan dan Tanggungjawab Sosial2
Citra 6 – Keterampilan Diri dan Pasukan2

* Baki keperluan kredit Kursus Citra mengikut domain adalah ditentukan oleh pelajar. Pelajar bebas memilih sendiri mana-mana kursus yang bertaraf Kursus Citra melalui mana-mana Domain Citra.