SARJANA MUDA SAINS PERTUTURAN DENGAN KEPUJIAN
Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan Dengan Kepujian (UK6726005)
(MQA/SWA 13991)
Pengenalan
Program Sains Pertuturan melahirkan graduan yang terutamanya akan bekerjaya sebagai ahli terapis pertuturan-bahasa dan komunikasi (juga dikenali sebagai pegawai pemulihan perubatan pertuturan/ speech-language therapist SLTs), yang merupakan pakar dalam aspek-aspek pemerolehan dan penggunaan bahasa, pertuturan dan komunikasi. Mereka merupakan pengamal kesihatan yang akan menyaring atau mengenalpasti, membuat diagnosis dan memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah atau kecelaruan: bunyi dan kelancaran pertuturan, suara, kemahiran bahasa dan literasi, komunikasi sosial dan kognitif, serta masalah pengambilan makan (feeding) dan/ atau penelanan. Pelajar akan mengikuti kursus-kursus asas (foundation, basic sciences) dan modul-modul profesional di kampus UKM cawangan Kuala Lumpur, sebelum mengikuti modul dan penempatan klinikal yang bertempat di Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM, Jalan Temerloh serta penempatan klinikal di luar UKM.
Laluan Kerjaya
- Terapis Pertuturan-Bahasa berkhidmat di pelbagai sektor termasuklah:
- Hospital awam & swasta
- Klinik awam & swasta
- Pusat pemulihan awal; pemulihan dalam komuniti (PDK), early intervention center (EIP)
- Sekolah pendidikan khas awam & swasta
- Universiti & hospital universiti
- Pusat pemulihan awam & swasta
Pengiktirafan Program Pengajian
Syarat Kemasukan
Syarat Khusus Program
Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM
Calon Lepasan Diploma Setaraf
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat Matrikulasi KPM /Asasi dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Kimia
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.
- Memiliki Diploma Sains atau Sains Kesihatan/ Perubatan /Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;
dan
- Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir;
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.
CALON LEPASAN STPM/ MATRIKULASI KPM/ ASASI (BUKAN TAHUN SEMASA) / ASASI AMBILAN KOMERSIAL UNIVERSITI AWAM
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM/ Matrikulasi KPM/ Asasi (bukan tahun semasa) /Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam;
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi/ Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Kimia
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Mendapat sekurang- kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
- Biologi
- Kimia
- Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)
dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;
dan
- Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.
Muat Turun untuk Lebih Info
Yuran Pengajian
Warganegara
Semester pertama = RM 2,390.00
Semester Seterusnya = RM 1,190.00
Jumlah Yuran (min 8 semester) = RM 10,720
Warganegara UKMi
Yuran Pendaftaran = RM 2,000.00
Yuran Pengajian = RM 10,400.00
Yuran Setiap Semester = RM 8,600.00
Jumlah keseluruhan (min 8 Semester) = RM 72,600.00
Antarabangsa
Yuran Pendaftaran = RM 2,520.00
Yuran Pengajian = RM 12,400.00
Yuran Setiap Semester = RM 11,800.00
Jumlah keseluruhan (min 8 Semester) = RM 97,520.00
Warga Program Dietetik
Ahli Akademik
Badrulzaman Abdul Hamid
Linguistik (Fonetik Instrumental) / Linguistik Klinikal (CV)
+603-9289 5008
badrulhamid@ukm.edu.my
Prof. Madya Dr. Chu Shin Ying
Kegagapan/ Gangguan Motor Speech/ Penyakit Parkinson/ Amalan berasaskan bukti (CV)
+603-9289 5023
chushinying@ukm.edu.my
Prof. Madya Dr. Shobha Sharma
Masalah Penelanan (CV)
+603-9289 5003
shobha.sharma@ukm.my
Dr. Lim Hui Woan
Fonologi kanak-kanak/ Multilinguisme (CV)
+603-9289 5026
lim@ukm.edu.my
Dr. Yazmin Ahmad Rusli
Intersection between language & cognition in children with Developmental Language Disorders (CV)
+ 03-9289 5013
yazmin@ukm.edu.my
Dr Hasherah Mohd Ibrahim
Pertuturan dan Bahasa Kanak-kanak (CV)
+603-9289 5023
hasherah@ukm.edu.my
Susheel Kaur Dhillon Joginder Singh
Ketidakupayaan berbahasa dalam Kanak-kanak Kurang Upaya dan AAC (CV)
+603-9289 5009
susheel@ukm.edu.my
Dr Fatimah Hani bt. Hassan
Afasia/ Gangguan komunikasi kognitif/ Pendekatan biopsikososial untuk pemulihan/ Pembangunan perkhidmatan (CV)
fatimahhani@ukm.edu.my
Kakitangan Sokongan
Muhammad Azhan Ubaidah
+603-9289 5039
azhanubaidahmy@ukm.edu.my
Siti Nabihah Md Almi
+603-9289 5067
sitinabihahmdalmi@ukm.edu.my
Siti Munirah Haris
+603-9289 5067
munirahharis@ukm.edu.my
Hafizah Mohd Azraai
+603-9289 5066
hafizahma@ukm.edu.my
Nor Shahima Sauhaimi
+603-9289 5066
shahimasauhami@ukm.edu.my
Siti Nurfarhanah Sulaiman
03-92895048/5049
snurfarhanah@ukm.edu.my
Murhaini Muid
+603-9289 5039
haini269@ukm.edu.my
Muhammad Faiz Mohd Rosli
+603-9289 5040
faizrosli@ukm.edu.my
Mohd Nasir Sulaiman
+603-9289 5040
mohdnasir@ukm.edu.my
Alumni Tersohor
Oh Bee Lim
Director / Senior Speech Therapist, Head of Pacific Speech therapy & Learning Centre
(Alumni 2009)
Noraishah Kassim
Pengarah Urusan, Aishah Kassim Academy
(Alumni 2006)
Nadwah Onwi
Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan(Kementerian Kesihatan Malaysia)/Pelajar Sarjana,
(Alumni 2006)
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
badrulhamid@ukm.edu.my
Program Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Temerloh
53200 Kuala Lumpur
+603 26914230