Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Borang Pencalonan Anugerah Bitara FSK 2024 (Penilaian 2022 & 2023)

Tarikh Tutup: 31 Mac 2024

Majlis Anugerah Bitara dan MyRA ini  diadakan diatas dasar menghargai dan meraikan ahli fakulti yang telah menunjukkan nilai perkhidmatan berkualiti di Fakulti ini sepanjang tahun 2022 – 2023. Sebanyak 15 Anugerah bakal dipertandingkan pada majlis anugerah yang akan berlangsung pada 7 Mei 2024.

BILNAMA ANUGERAHKATEGORI
1Anugerah Inovasi PendidikanAkademik
2Anugerah Inovasi Pengurusan (Pejabat / Makmal)Bukan akademik
(individu atau kumpulan)
3Anugerah PenerbitanAkademik
4Anugerah Cemerlang Inovasi PenyelidikanAkademik
5Anugerah PendanaanAkademik
6Anugerah PenyeliaanAkademik
7Anugerah Pengajar CemerlangAkademik
8Anugerah Keterlibatan IndustriTerbuka
9Anugerah Keterlibatan MasyarakatTerbuka
10Anugerah Sahsiah CemerlangBukan Akademik
11Anugerah Kakitangan Mithali / Anugerah Minda BerkualitBukan Akademik
12Anugerah Mesra PelangganBukan Akademik
13Anugerah Klinik CemerlangKlinik
14Anugerah Pengurusan Makmal Pengajaran @ Makmal Penyelidikan CemerlangMakmal Pengajaran atau Makmal Penyelidikan
15Anugerah Penyelidikan TranslasiAkademik

Borang Penyertaan

Anugerah Inovasi Pendidikan

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan akademik FSK yang telah atau sedang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar atau orang awam bermula dari Sesi Pengajian 2022/2023 dan 2023/2024
  • Kursus boleh bersifat subjek yang diajar di Fakulti, UKM atau subjek bebas.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Inovasi Pengurusan (Pejabat/Makmal)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan bukan akademik FSK (individu atau kumpulan) yang telah membangunkan inovasi dalam pengurusan pejabat, pengurusan makmal atau inovasi dalam perkhidmatan makmal.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.
  • Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan.

Anugerah Keterlibatan Industri

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
  • Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2022/2023 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2022 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain -lain.

Anugerah Keterlibatan Masyarakat

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
  • Calon hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Keterlibatan Masyarakat secara berasingan mengikut kategori dengan lengkap dan diperakukan oleh Pengerusi Pusat Kajian masing-masing.
  • Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2022/2023 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2022 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain.

Anugerah Klinik Cemerlang

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan klinik di Fakulti Sains Kesihatan
  • Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan.