Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Pertukaran dari Program Pengajian Sarjana Penyelidikan kepada Program Doktor Falsafah

Calon yang mendaftar Program Pengajian Sarjana Penyelidikan (Sepenuh Masa) dan ingin memohon penukaran kepada Program Pengajian Doktor Falsafah mesti memenuhi peraturan berikut:

  1. Menghantar surat permohonan kepada Timbalan Dekan Siswazah dengan alasan yang jelas untuk penukaran; bersama dengan satu salinan cadangan penyelidikan bagi Sarjana dan Doktor Falsafah yang disertai dengan surat sokongan daripada penyelia utama.
  2. Telah menerbit 1 makalah dalam jurnal (ISI / SCOPUS) dari penyelidikan yang sedang dijalankan.
  3. Cadangan Penyelidikan bagi program Doktor Falsafah harus terdiri daripada aspek-aspek berikut:
    • Cadangan lanjutan bagi rangkuman penyelidikan baharu
    • Pernyataan masalah dan justifikasi penyelidikan
    • Tambahan objektif penyelidikan
    • Jangka masa penyelidikan baharu
  4. Calon mesti mempertahankan permohonan melalui pembentangan proposal di peringkat program dan fakulti setelah permohonan untuk penukaran diluluskan oleh Timbalan Dekan Siswazah.
  5. Permohonan bagi penukaran hendaklah dibuat pada semester ketiga pengajian.