HARI KERJAYA FAKULTI SAINS KESIHATAN 2019

Bakal graduan FSK dijemput untuk menghadiri Hari Kerjaya FSK 2019 yang akan berlangsung pada 20hb April (Sabtu) di Dewan Tingkat 1 Blok E (TIBE), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Program ini merupakan acara tahuan yang dianjurkan sejak 2012 dibawah Unit Perkembangan Graduan (UPG), Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA). Pada tahun ini UPG telah berjaya menjemput sebanyak 14 syarikat tempatan dan luar negara untuk menyertai program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan FSK UKM, di samping mencapai aspirasi universiti untuk menghasilkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan inovatif. Melalui program ini, pelajar akan berpeluang untuk mencari pengalaman temuduga dan menghantar resume kepada syarikat dari bidang masing-masing.