Pascasiswazah

Postgraduate

SERTAI KAMI

Fakulti Sains Kesihatan menawarkan bidang pengajian dan penyelidikan yang seimbang bagi pelajar siswazah yang berhasrat mengikuti pembelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Sebagai peneraju utama pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains Kesihatan kami menawarkan pakej pengajian pascasiswazah yang komprehensif melalui 23 program dengan mod pengajian samada secara kerja kursus, penyelidikan atau kombinasi kerja kursus dan penyelidikan.

Letakkan kerjaya anda di peringkat seterusnya dengan program pascasiswazah yang kami tawarkan. Kami mempunyai semua yang anda perlukan untuk maju dalam kerjaya sains kesihatan anda. Semua kursus pascasiswazah kami direka untuk memenuhi keperluan majikan dan badan profesional. Kami juga mempunyai hubungan erat dengan industri, kerajaan dan pelbagai institusi.

Program kami diketuai dan disampaikan oleh kakitangan yang pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan penyelidik yang disegani. Fakulti kami juga menggalakkan penyelidikan pelbagai disiplin dan mempunyai program inovatif yang diiktiraf di Malaysia dan di luar negara.

OBJEKTIF PENGAJIAN SISWAZAH

Postgraduate

Matlamat dan objektif pengajian siswazah di Fakulti Sains Kesihatan adalah seperti berikut:

  • Menghasilkan bakal pemimpin dan penyelidik untuk negara
  • Menggalakkan budaya penyelidikan dalam bidang Sains Kesihatan
  • Membangun kemampuan untuk melakukan penyelidikan secara berdikari
  • Menghasilkan pakar bidang berwibawa dalam pelbagai profesyen Sains Kesihatan
  • Menerapkan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat
MOHON SEKARANG

Postgraduate

Fakulti Sains Kesihatan mempelawa permohonan untuk mengikut program pengajian siswazah yang ditawarkan. Pengambilan untuk program mod kerja kursus dan mod campuran dibuat dua kali setahun iaitu pada Oktober hingga November bagi kemasukan Februari tahun berikutnya, dan April hingga Mei bagi kemasukan September.

Pengambilan untuk program pengajian mod penyelidikan boleh dibuat pada bila-bila masa.

Sertai kami dan mohon sekarang di http://guest.ukm.my