Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan

Peneraju Sains Kesihatan

KLINIK PSIKOLOGI KESIHATAN

PENGUMUMAN

Pengenalan Klinik

Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan (KPK-FSK) mula ditubuhkan pada Januari 2002 dan mula beroperasi pada Februari 2002. KPK-FSK dikendalikan oleh Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku (PPK & KTL), FSK, UKM. Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang merangkumi penilaian dan intervensi psikologi. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada masyarakat umum dan klinik ini dijadikan sebagai pusat pengajaran dan praktikum kepada pelajar sarjana dalam bidang psikologi klinikal. Selari dengan perkembangannya, KPK-FSK telah menjadi salah satu pusat rujukan yang terkenal di peringkat kebangsaan untuk perkhidmatan psikologi klinikal. Walaupun perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh klinik ini memberi penekanan pada bidang psikologi klinikal dan khidmat kesihatan mental, namun klinik ini juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan runding cara psikologi. Bersesuaian dengan fungsi klinik ini sebagai sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan psikologi kepada orang awam dan klinik pengajaran kepada pelajar, kelengkapan seperti 2 bilik terapi, 1 bilik terapi kumpulan, 3 bilik penilaian, 1 bilik rundingan, 1 bilik sand play dan 1 play room serta 2 bilik pemerhatian yang dilengkapi dengan peralatan kamera litar tertutup, disediakan. Pasukan Klinik Psikologi Kesihatan merangkumi ahli psikologi klinikal, kaunselor berdaftar serta ahli psikologi kesihatan dan industri dan organisasi (I/O). Klinik Psikologi Kesihatan menjanjikan layanan yang profesional, mesra, adil dan cekap.

Perkhidmatan yang ditawarkan

Perkhidmatan penilaian psikologi ke atas kanak-kanak dan dewasa yang dirujuk oleh pihak hospital, pusat kesihatan, klinik, firma-firma swasta atau kerajaan, pihak-pihak kebajikan masyarakat, sekolah dan rujukan persendirian, yang lazim disediakan di klinik ini termasuklah:

      • Penilaian fungsi kognitif dan kecerdasan (IQ)
      • Penilaian neuropsikologi (kecederaan kepala TBI, dementia, epilepsi dan masalah ingatan)
      • Penilaian personaliti
      • Penilaian masalah perkembangan (neurodevelopmental) seperti ADHD, ASD, SLD dan sebagainya
      • Penilaian masalah kecelaruan mental
      • Penilaian fungsi emosi
      • Penilaian fungsi adaptasi

Pendekatan psikologi dalam merawat kecelaruan mental dan masalah emosi ditawarkan secara khusus ke atas masalah berikut:

      • Kemurungan, kesedihan, kehilangan dan masalah penyesuaian
      • Hubungan dan kekeluargaan
      • Isu kendiri, identiti dan asertif
      • Kebimbangan (kerisauan umum, obsesif-kompulsif, fobia dan tekanan pasca trauma)
      • Pengurusan tingkah laku untuk kanak-kanak, dewasa dan golongan istimewa
      • Pembelajaran atau akademik dan perkembangan kanak-kanak
      • Gangguan tidur
      • Ketagihan bahan
      • Kecelaruan identiti seksual
      • Pengurusan tekanan jiwa, kemarahan dan sakit fizikal

Perkhidmatan kaunseling di KPK ditawarkan oleh kaunselor yang bertauliah dan berkemahiran.

Antara bidang perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan termasuklah:

      • Kaunseling keluarga dan kaunseling perkahwinan
      • Kaunseling kerjaya
      • Perkembangan diri (membangunkan minat, dorongan dan potensi diri)
      • Penyelesaian konflik
      • Kaunseling kelompok

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah meliputi pengurusan masalah di tempat kerja, perkembangan kakitangan, kepuasan kerja, penyesuaian dengan tempat kerja, kesihatan di tempat kerja dan keselamatan di tempat kerja. Aspek ini dikendalikan oleh ahli psikologi industri dan organisasi. Rundingan psikologi juga diberi kepada pelajar FSK yang mengalami masalah psikologi dalam pembelajaran dan pengurusan diri.

Waktu Operasi Klinik

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Rehat: 1.00 - 2.00 petang (kecuali Jumaat 12.15 -2.45 petang)

  • Temujanji awal perlu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 

Caj Klinik

Penilaian Psikologi:

  • Fungsi Kognitif: RM50 – RM200
  • Lain-lain: RM5 – RM20

Prosedur Klinik

Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK) menerima pelanggan dengan temujanji sahaja. Pelanggan hanya boleh dirujuk oleh doktor perubatan, ahli kesihatan mental, ahli terapi carakerja, ahli patologi pertuturan, kaunselor berdaftar, pekerja sosial, guru, atau majikan. Temujanji boleh dibuat oleh ejen merujuk melalui telefon, e-mel atau hadir sendiri ke Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK). Pelanggan dikehendaki mendaftar diri pada sesi pertama.

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran:
(a) Kad pengenalan/Pasport (Bukan Warganegara)/Sijil Kelahiran
(b) Surat jaminan majikan (tempoh sah-laku selama 1 bulan sahaja) / Kad pesara
(c) Surat sekolah Bantuan Kerajaan
(d) Surat rujukan dari agensi yang merujuk

Pegawai Psikologi Kesihatan

Agnes Chong Shu Sze

Pegawai Psikologi

Kepakaran: Psikologi Klinikal
Telefon: +603-2687 8188/ +60193473085  

Email: agnes@ukm.edu.my 

Shabira 'Inani Md. Zain

Pegawai Psikologi

Kepakaran: Psikologi Klinikal
Telefon: +603-2687 8198/ +60193473085

Email: shabirainani@ukm.edu.my

Kakitangan Sokongan

Zaily Mohamad

Zaily Mohamad

Pembantu Operasi

Telefon: +603-2687 8188/
Email: zaily@ukm.edu.my 

Kepakaran Klinik Psikologi Kesihatan

Dr. Noh Amit- Psikologi Klinikal
Norhayati Ibrahim
PM Dr. Norhayati Ibrahim-Psikologi Kaunseling
Mahadir Ahmad
Dr. Mahadir Ahmad- Psikologi Klinikal
Zaini Said
Dr. Zaini Said-Psikologi Kaunseling
Ponnusamy Subramaniam
Dr. Ponnusamy Subramaniam- Psikologi Klinikal
Shazli Ezzat Ghazali
Dr. Shazli Ezzat Ghazali- Psikologi Kesihatan & Psikologi Industri dan Organisasi
Gan Chun Hong
Encik Gan Chun Hong

Kadar Caj Perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat

Klinik Psikologi Kesihatan Fakulti Sains Kesihatan,
Aras 2 Bangunan Yayasan Selangor,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 KUALA LUMPUR

Telefon

+603-2687 8188/ 8189 / +60193473085

Waktu operasi

Isnin – Jumaat  08:00 – 15:00

Sabtu – Ahad & Cuti Umum : Tutup

  • Mohon dapatkan temujanji awal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.