KLINIK AUDIOLOGI

PENGENALAN

Klinik Audiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di kompleks Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur, mula beroperasi pada tahun 1997 sebagai pusat rujukan utama bagi masalah pendengaran serta tempat latihan klinikal pelajar program Sarjanamuda Audiologi (dengan Kepujian) UKM. Perkhidmatan yang disediakan adalah saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan, tinnitus dan kecelaruan pemprosesan auditori untuk pelbagai peringkat umur, iaitu daripada bayi hingga warga emas. Klinik ini juga dikendalikan oleh para pegawai audiologis bertauliah dari latar belakangkepakaran khusus dalam bidang Audiologi.

 

PERKHIDMATAN 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Saringan pendengaran untuk semua peringkat umur
  • Ujian pendengaran diagnostik untuk semua peringkat umur
  • Khidmat nasihat dan pengurusan alat bantu pendengaran
  • Pengurusan kelayan bagi penerima implan koklea (sebelum dan selepas pembedahan)
  • Pengurusan masalah keseimbangan untuk semua peringkat umur
  • Pengurusan masalah tinnitus untuk semua peringkat umur
  • Pengurusan masalah kecelaruan pemprosesan auditor untuk semua peringkat umur

 

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

Isnin – Khamis : 8.00 – 1.00 petang
                                 2.00 – 5.00 petang

Jumaat   : 8.00 – 12.15 tengah hari
                       2.45 – 5.00 petang

Sabtu & Ahad  : TUTUP

 

KENALI PEGAWAI KLINIKAL ANDA

 

Nur ‘Izzati Md Yusoff

 

 

Puan Nur ‘Izzati Md Yusoff
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
izzatiyusoff@ukm.edu.my
+603-9289 5066

 

 

 

 

Wan Nur Hanim Mohd Yusoff

 

Puan Wan Nur Hanim Mohd Yusoff
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
wnhanim@ukm.edu.my
+603-9289 5068

 

 

 

 

Mohd Khairil Azahar Jamaludin

 

Encik Mohd Khairil Azahar Jamaludin
Pegawai Pemulihan Perubatan U44
mka_producer2@yahoo.com
+603-9289 5063

 

 

 

 

Nadiah Abd Aziz

 

Puan Nadiah Abd Aziz
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
nadiah.aa@ukm.edu.my
+603 9289 5068

 

 

 

 

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK AUDIOLOGI

“Alhamdulillah, akhirnya saya lebih faham masalah yang saya hadapi. Kini saya mampu mendengar lebih baik selepas dipakaikan alat bantu pendengaran” Mohd Yusoff

 

“Terima kasih kepada kakitangan Klinik Audiologi kerana memberi layanan yang baik kepada anak buah saya Aniq Sofia. Kakitangan di sana bijak mengawal anak-anak aktif seperti Aniq. Atas pemeriksaan pendengaran dan saranan Audiologis, kini Aniq mampu memberi respond dan bercakap dengan lebih baik” ibu saudara Aniq Sofea Rose

 

GAMBAR AKTIVITI KLINIK AUDIOLOGI