Kecemerlangan Pelajar dalam Pitching Job Creator

 

Bangi, 16 November 2019-Tahniah kepada kumpulan pelajar Program Dietetik FSK tahun 4: Saudari Nur Azreen Mohd Nazir dan Saudari Mashitah Sha An Ali telah memenangi hadiah pertama bagi Pitching Job Creator anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pertandingan ini telah berlangsung di UKM-Karier hari ini. Inovasi mereka ini telah berjaya mengalahkan 24 kumpulan lain daripada pelbagai universiti di Malaysia.

Mereka mempertaruhkan ciptaan permainan yang menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil sayur-sayuran dalam diet harian. Projek inovasi ini telah diselia oleh Prof. Madya Dr Zahara Abdul Manaf. Fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar dan penyelia. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain. 👍👍👍