Majlis menandatangi MOU SEANUTS II.

Kuala Lumpur, 7 November 2019 – Satu majlis menandatangai MoU di antara Fakulti Sains Kesihatan (UKM), FrieslandCampina dan Dutch Lady Milk Industries Berhad Kuala Lumpur (DLMI) telah berlangsung di Eatropica Café, Menara 1 Sentrum. MoU ini telah disempurnakan oleh Dekan FSK, Prof. Dr. Suzana Shahar dan Dr. Panam Parikh (Principal Expert, Global Development Nutrition, FrieslandCampina) dan disaksikan oleh Tarang Gupta (Managing Director of DLMI) dan Prof. Dr. Hidayatul Fathi Othman (Timbalan Dekan Jaringan dan Penjanaan FSK).

MoU ini adalah untuk memulakan penyelidikan SEANUTS II yang merupakan satu inisiatif penyelidikan susulan SEANUTS I yang telah berlangsung pada 2010-2011. SEANUTS I dan II akan diketuai oleh Prof. Dr. Poh Bee Koon (Pusat Kesihatan Komuniti FSK, UKM). SEANUTS I telah menunjukkan kejayaan apabila ia berjaya mengenalpasti jurang pemakanan kanak-kanak dan lebih membanggakan lagi ia telah digunakan sebagai rujukan dalam pembangunan Piawai Nutrisi FrieslandCampina dan membawa kepada pembangunan banyak produk baharu yang dapat membekalkan lebih khasiat kepada kanak-kanak.

SEANUTS II akan tertumpu kepada untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat yang menjadi keperluan asas untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Hasil SEANUTS II yang dijangka pada 2021, diharap dapat membantu semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi untuk mengatasi masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak agar mereka dapat membesar dengan sempurna.

#proudfsk