OPKOM 27 kembali di Sabah setelah 30 tahun

April 2019- Sabah. Kampung Kobuni, Inanam Sabah telah menjadi lokasi terbaru program OPKOM edisi ke-27. Kampung ini merupakan lokasi yang sama dikunjungi kumpulan Optometri UKM untuk OPKOM edisi ke-2 yang telah berjaya dianjurkan pada tahun 1989. Program 4 hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Benny Chua Teck Vun mewaklili YB Tuan Kenny Chua Teck Ho, Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Inanam. Program anjuran Persatuan Mahasiswa Optometri UKM telah menjalin hubungan kerjasama dengan Hospital Queen Elizabeth dan Klinik Kesihatan Inanam. Lebih menarik lagi program ini telah berjaya mengumpulkan optometris Sabah serta alumni Optometri UKM bagi menyumbang tenaga dan kepakaran kepada komuniti Kampung Kobuni, Inanam. Penglibatan rakan kolaborasi strategi Essilor Vission Foundation sebagai penaja utama dan Association of Malaysian Optometrist (AMO) telah membantu banyak membantu dalam penganjuran aktiviti ini selain penajaan pengangkutan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah. Pelbagai acara telah dijalankan antaranya pemeriksaan mata percuma, pameran klinikal, program anak angkat, gotong-royong serta pemberian 400 pasang cermin mata percuma kepada mereka yang layak. Fakulti mengucapkan tahniah kepada urusetia yang berusaha keras untuk menjayakan program komuniti ini. #proudfsk#OPKOM27

Kredit foto: Hafizun Saman dan Norlaili Arif

#proudfsk
#OPKOM27

 

Aktiviti bersama komuniti

Pemeriksaan mata percuma oleh mahasiswa Optometri UKM

Gambar kenangan dari kiri atas (ikut pusingan jam): Alumni Optomerti UKM, Optometris Sabah (sukarelawan), Kakitangan Klinik Kesihatan Inanam Sabah, Penaja utama Essilor Vision Foundation serta Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth dan sekitar Sabah