UCAPAN TAHNIAH: PROF DR BARIAH MOHD ALI

4 April 2020
Pihak Fakulti Sains Kesihatan UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali (Pusat Kajian Kesihatan Komuniti, Program Optometri dan Sains Penglihatan) kerana telah dianugerahkan 2020 IACLE Contact Lens Educator Award bagi rantau Asia Pasifik daripada International Association of Contact Lens Educators yang beribu pejabat di Sydney, Australia bagi menghargai sumbangan dalam pendidikan kanta sentuh.
Lebih membanggakan lagi YBhg. Prof. Dr. Bariah merupakan penerima yang pertama dari Malaysia yang menerima anugerah berprestij ini. Tahniah Prof. Dr. Bariah semoga ini menjadi pemangkin kepada warga FSK untuk terus berjaya di peringkat antarabangsa.